hmm. rasa macam nak tulis pasal adhadi mohd la.
korang kenal tak sapa adhadi mohd?
hehehe. dia ni, otai lam fotografi la.
kena kenal ni! it's a must untuk orang2 yang minat fotografi ni.
macam mana aku boleh kenal nama adhadi mohd?
hmm, hari tu akak aku mesej aku tanya :
nak pergi bengkel fotografi tak esok? adhadi mohd ada buat satu program free ajar cara2 ambik gambar kat tasik perdana.
aku tanya la : sapa adhadi mohd tu?
akak aku ckp : dia otai fotografi la. pergi google.
aku pun google la. and bukak website dia jugak.
nak view website dia? klik sini.
tengok semua dia punya foto yang dia ambik pun dah tau mmg patut la orang panggil dia otai fotografi kan?
hahaha. lawa gila la gambar dia ambik.
aku dah pikir dah, boleh ke aku ambik gamba lawa macam tu erk? haha
DSLR pun asyik mimpi je nak beli.
duit nya takde! mimpi je laa sheeqa.
nak dijadikan cerita, akak aku mesej tu time hari jumaat. so, maksudnya hari sabtu aku mmg tak dapat ikut la. sbb aku ada program mega project
dgn pihak MPSJ under bakti siswa.
adoilaa, betapa aku rasa macam...urghh! aku nak pergi! aku nak pergi!
tp nak buat macam mana kan? tak ada jodoh la mungkin? hmm~
akak aku cakap dah takde dah dia buat macam tu minggu depan.
ruginya tak dapat ikut :(
dalam website dia ni ada macam2.
semua tips fotografi yang kita2 golongan amatur ni memang tak tahu ke kan? hehe
sesetengah orang belajar guna DSLR sendiri je.
try praktis sendiri, ambik gambar banyak2 kan?
tp kalau nak tips lagi bernas boleh la view website dia ni.
ada teknik fotografi ,
ada kursus2 fotografi yang dia sendiri buat ,
ada pasal photoshop .
banyak lagi la!
dalam kategori teknik fotografi ni ada jugak panduan membeli kamera
untuk sesiapa yg baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi. :)
kalau dah capture gamba tu mesti nak edit kan?
ni la perlunya fungsi photoshop! hehe
yang aku paling suka bab lighting.
rupa-rupanya terlalu banyak yang diambil berat dalam fotografi ni ya?
heh, sori la, aku memang tak tahu pape hal ni.
minat je lebih, tp takde effort nak belajar jugak =_="
lagi, banyak sangat ah! huh, penat nak baca semua, seriously! huu~
aku suggest je apa yang patut. kpd korang2 yang berminat,
boleh la klik sendiri bila bukak dia punya website ya tak? hehe
dari benda yang paling asas yg perlu dititik beratkan macam ni sampai la benda paling penting dalam fotografi, semua ada dalam website adhadimohd.com ni.
selamat menjelajah ke website adhadi mohd! ^^











rugi nyo x g.....adeii..
ReplyDeletehm.. yep2. meme rugii laaa~ tp olwez la jenguk2 website dyo. sokmo ado kursus + bengkel. menarik tuu
ReplyDelete