Mungkin dah masuk setahun aku tak update blog ni. Mungkin sebab
terlampau banyak benda happened and terlampau complicated utk diceritakan. Tp kadang2
terdetik jugak nak bercerita kat sini, cuma masa tak mengizinkan. It’s weekend,
yes aku cuti. Terjelepuk atas katil baring tak buat apa separuh hari. Didn’t
even on the TV or any sounds or music. Mungkin sebab aku dah kerja non-stop
selama 3 minggu termasuk hujung minggu. Dapat cuti sehari rasa heaven gila. What
a life. Kadang2 people here and there keep asking on how I survive on my daily
life, by being concern of course. Because I am 6 months pregnant now and don’t
even have a driving license. Macam mana boleh hari2 jalan naik lrt semua, gigih
sangat!
Oh btw, yes, I am pregnant! ^_^ Forgot to mention I married
my intan payung past 6 months and expecting our little junior in about 3
months. Bunting pelamin org cakap. :P Alhamdulillah syukur. Never expect that I
will really really have a child with this guy whenever I went through all our “kawan
phase” stories. Of course la macam kelakar. Dulu kawan. Pastu yeah, ada
perasaan. Then lebih dari kawan, but combo with other complicated things happen
that time. And after that combo lagi complicated phase sebab my late mom tak
bagi kawen awal even family dah merisik semua. Maybe dia nak spend time ngan aku lepas aku
habis belajar. And jugak sebab my sis still belajar dekat oversea sana. If
possible my late mom wanted all of our siblings ada masa majlis kawen aku, sbb
aku the youngest one. Sampai aku berserah lah, ada jodoh tak kemana.
Until I went through a few interviews after 2 months
finished my study, I got a few offers. Masa tu dilemma nak pilih yang mana
satu. Tnya kawan2, lain2 pendapat and makin confuse. Lastly, aku bagi arwah umi
aku decide. Org ckp, pilihan mak tu yg terbaik kan? Mak aku ni, aku nak cakap
sikit. Dia sangatlah supportive dlm ape je aku buat. Tak pernah paksa. Aku
study pulun ke ape ke, dia tak pernah paksa. Tapi, sebab sikap dia yg
supportive sgt, aku tak sampai hati nak kecewakan dia dengan kegagalan aku tak
kisah lah dalam studies ke, or whatever else. Dia lah sorang mak yg sgt lembut
mendidik anak. And masa aku dpt a few job offers tu dia reluctant sgt nak bagi
aku kerja. Lepas aku cakap advantage each offers semua, dia fikir dan fikir.
Sampai a few days pastu dia call aku cakap “ Macam ni lah dik. Kalau adik nak
kerja tu, terima je lah” tapi aku still ingat nada dia mcm tak merelakan tapi
redha. Masa tu aku tak faham lagi kenapa. Cuma yeah, aku happy sebab at least
mak aku decide aku enlighten dah nk accept offer mana satu. Mak aku datang hantar
aku kerja. I mean from Kelantan to Bangsar, dalam keadaan yg tak sihat. Masa
dia decide nak datang, aku marah dia. Bukan marah lah, tapi aku tak suka dia
abaikan sakit dia penat dia nak layan aku. And nak travel jauh some more, penat
kn. Tapi dia insist cakap “Biarlah, dia nak ikut”. So aku biar dia ikut. And
happen that was the last time she sends me to work and be there for me.
A month after aku start kerja, dia sakit and been warded.
After a week warded baru aku balik tengok dia. Masa tu aku dapat first gaji. Tak
bank in lagi kat dia. Ingat nak surprisekan dia nak bagi gaji first aku sebagai
hadiah bila balik jumpa. Aku gerak from KL Khamis malam, sampai subuh Jumaat.
Aku rehat 2 jam, pukul 9 pagi Jumaat tu aku terus jenguk mak aku. Masa tu dia
dh takleh cakap. Tengah hari dia nazak, pukul 3.30 petang dia pergi menghadap
Ilahi masa aku orang last ajar dia mengucap. Al-fatihah utk arwah umi. Now aku
faham kenapa dia reluctant sgt nak bagi aku kerja. Sebab she only got a month
to spend with. Masa tu aku syukur sgt Allah bagi peluang aku jumpa dia for the
last time. And kakak aku pun balik from UK. Kami 4 beradik semua ada masa arwah
pergi. Gaji first aku, aku bagi utk khairat pengurusan arwah, share dengan
siblings lain.
Lepas a week majlis tahlil buat, my family decide nak suruh
aku kawen.Yes, aku kawen. Say what? It starts with my dad kot? Aku pun tak tau.
Tapi masa tu abah cakap dia taknak lepas arwah pergi, macam tak elok kalau aku
keep on jumpa boyfriend and all. Sbb dah merisik semua, apa kata langsung je
kawen sebab kakak pun masa tu ada kat Malaysia. Aku terkedu dan happy, tp sedih
sebab aku kawen right after my mom passed away. Preparation mcm mana? Aku
ingatkan nak akad je. Skali rupenye nak majlis terus. Kepeningan lah aku dengan
limited time for preparation. I got only 2 weeks to prepare everything and
missed some important people that I should invite. I am so sorry sebab tak
invite. Dalam masa 2 minggu sangatlah kelam-kabut aku nak list down kan semua
guests. Yg listed out mostly aku tak sempat nak invite even dalam fb. Apatah
lagi nak pos kad. T_T Maaf maaf maaf. 18 October 2014 is my wedding day. 3 in 1
combo; tunang, akad nikah and sanding in one day. Syukur sangat finally kami
disatukan.
Not even a month after been married, there comes my
graduation day. Early November it is. This graduation day je aku rasa sedih sikit
sebab my late mom was not there. Rasa incomplete. Yelah, setiap anak belajar
pun nak buat parents rasa bangga kan? Tapi nak buat macam mana. Sebab kita
merancang, tapi Yang atas sana menentukan. Aku pakai baju arwah naik pentas
amek sijil Degree. Cukuplah, abah aku ada and not forgetting Allah ganti aku
dgn suami aku yg tercinta. Siblings aku ada, family mertua ada. There is no
regret about the past. Sebab Allah dah aturkan and Dia tahu, hamba Dia boleh
lalui semua tu. Redha dengan ketentuan-Nya.
Maybe orang sekeliling nampak aku okay. Or maybe worst
nampak aku macam takde perasaan sebab aku boleh rilek je happy masa majlis
kawen aku, or masa graduation even arwah umi takde. Ambik cuti kerja pun tak
lama. Lepas everything happen, aku macam okay. Kalau aku bercerita pasal arwah
pun, setakat ni emosi terkawal lagi and org lain plak yang bergenang air mata
dengar aku cerita. Sape kata aku takde perasaan? Allah tak kata orang yang kita
sayang pergi, kita kena tangisi sepanjang masa. Lepas arwah pergi mimpi aku pun
selang-seli dengan kenangan zaman kecik masa dengan arwah. Mimpi peluk arwah,
jumpa arwah. Tak perlu aku rasa nak berlebihan bersedih. Ganti dengan
sedekahkan Alfatihah or Yaasin untuk dia lebih elok.
Last year had been a tough year for me. Tapi perjalanan
hidup kita dah ditentukan Dia. And here I am, healthily pregnant with my soulmate’s
child. Dah 6 months. Sepanjang pregnant ni tak sekali pun aku lupa dengan arwah
umi aku. Macam ni rupanya mengandungkan anak 9 bulan. Macam ni rupanya
kesusahan, kemanisan dia. Macam ni rupanya perasaan arwah umi dulu
mengandungkan aku. Patutlah parents selalu insecure, ambil berat, terlebih
risau kadang2, kan? Sebab diorg sayangkan anak diorg. Tak senang nak besarkan
anak. Now, it’s time for me to learn it.
Bila scan baby haritu, 23rd weeks, dapat tengok
baby menguap. Hehe comelnya. First2 scan nampak muka Doktor dah cakap dah muka
ikot ibu. Yelah, terang tang tang hidung kemek semedang kan. Tapi bibir baby ikut
ayah. ^_^ yeayyy. Tak sabar nya nak jumpa baby. Happy sangat bila fikir anak tu
separuh aku and separuh org yg aku syg. Hadiah yg tak ternilai rasanya Allah
bagi. Harap baby ni sihat sampai lah deliver. And kami berdua pun selamat after
deliver nanti. Amin.
Ohh baby tendang2 perut. Maybe dia tau ibu dia tengah
bercerita pasal dia. :p hehe. Cukuplah cerita yg bukan sekadar sepatah dua kata
ni. Sambung terjelepuk lah pulak kita.










No comments:
Post a Comment