Sunday, April 12, 2015

ceritera late 2014 sampai present

Mungkin dah masuk setahun aku tak update blog ni. Mungkin sebab terlampau banyak benda happened and terlampau complicated utk diceritakan. Tp kadang2 terdetik jugak nak bercerita kat sini, cuma masa tak mengizinkan. It’s weekend, yes aku cuti. Terjelepuk atas katil baring tak buat apa separuh hari. Didn’t even on the TV or any sounds or music. Mungkin sebab aku dah kerja non-stop selama 3 minggu termasuk hujung minggu. Dapat cuti sehari rasa heaven gila. What a life. Kadang2 people here and there keep asking on how I survive on my daily life, by being concern of course. Because I am 6 months pregnant now and don’t even have a driving license. Macam mana boleh hari2 jalan naik lrt semua, gigih sangat!

Oh btw, yes, I am pregnant! ^_^ Forgot to mention I married my intan payung past 6 months and expecting our little junior in about 3 months. Bunting pelamin org cakap. :P Alhamdulillah syukur. Never expect that I will really really have a child with this guy whenever I went through all our “kawan phase” stories. Of course la macam kelakar. Dulu kawan. Pastu yeah, ada perasaan. Then lebih dari kawan, but combo with other complicated things happen that time. And after that combo lagi complicated phase sebab my late mom tak bagi kawen awal even family dah merisik semua.  Maybe dia nak spend time ngan aku lepas aku habis belajar. And jugak sebab my sis still belajar dekat oversea sana. If possible my late mom wanted all of our siblings ada masa majlis kawen aku, sbb aku the youngest one. Sampai aku berserah lah, ada jodoh tak kemana.

Until I went through a few interviews after 2 months finished my study, I got a few offers. Masa tu dilemma nak pilih yang mana satu. Tnya kawan2, lain2 pendapat and makin confuse. Lastly, aku bagi arwah umi aku decide. Org ckp, pilihan mak tu yg terbaik kan? Mak aku ni, aku nak cakap sikit. Dia sangatlah supportive dlm ape je aku buat. Tak pernah paksa. Aku study pulun ke ape ke, dia tak pernah paksa. Tapi, sebab sikap dia yg supportive sgt, aku tak sampai hati nak kecewakan dia dengan kegagalan aku tak kisah lah dalam studies ke, or whatever else. Dia lah sorang mak yg sgt lembut mendidik anak. And masa aku dpt a few job offers tu dia reluctant sgt nak bagi aku kerja. Lepas aku cakap advantage each offers semua, dia fikir dan fikir. Sampai a few days pastu dia call aku cakap “ Macam ni lah dik. Kalau adik nak kerja tu, terima je lah” tapi aku still ingat nada dia mcm tak merelakan tapi redha. Masa tu aku tak faham lagi kenapa. Cuma yeah, aku happy sebab at least mak aku decide aku enlighten dah nk accept offer mana satu. Mak aku datang hantar aku kerja. I mean from Kelantan to Bangsar, dalam keadaan yg tak sihat. Masa dia decide nak datang, aku marah dia. Bukan marah lah, tapi aku tak suka dia abaikan sakit dia penat dia nak layan aku. And nak travel jauh some more, penat kn. Tapi dia insist cakap “Biarlah, dia nak ikut”. So aku biar dia ikut. And happen that was the last time she sends me to work and be there for me.

A month after aku start kerja, dia sakit and been warded. After a week warded baru aku balik tengok dia. Masa tu aku dapat first gaji. Tak bank in lagi kat dia. Ingat nak surprisekan dia nak bagi gaji first aku sebagai hadiah bila balik jumpa. Aku gerak from KL Khamis malam, sampai subuh Jumaat. Aku rehat 2 jam, pukul 9 pagi Jumaat tu aku terus jenguk mak aku. Masa tu dia dh takleh cakap. Tengah hari dia nazak, pukul 3.30 petang dia pergi menghadap Ilahi masa aku orang last ajar dia mengucap. Al-fatihah utk arwah umi. Now aku faham kenapa dia reluctant sgt nak bagi aku kerja. Sebab she only got a month to spend with. Masa tu aku syukur sgt Allah bagi peluang aku jumpa dia for the last time. And kakak aku pun balik from UK. Kami 4 beradik semua ada masa arwah pergi. Gaji first aku, aku bagi utk khairat pengurusan arwah, share dengan siblings lain.

Lepas a week majlis tahlil buat, my family decide nak suruh aku kawen.Yes, aku kawen. Say what? It starts with my dad kot? Aku pun tak tau. Tapi masa tu abah cakap dia taknak lepas arwah pergi, macam tak elok kalau aku keep on jumpa boyfriend and all. Sbb dah merisik semua, apa kata langsung je kawen sebab kakak pun masa tu ada kat Malaysia. Aku terkedu dan happy, tp sedih sebab aku kawen right after my mom passed away. Preparation mcm mana? Aku ingatkan nak akad je. Skali rupenye nak majlis terus. Kepeningan lah aku dengan limited time for preparation. I got only 2 weeks to prepare everything and missed some important people that I should invite. I am so sorry sebab tak invite. Dalam masa 2 minggu sangatlah kelam-kabut aku nak list down kan semua guests. Yg listed out mostly aku tak sempat nak invite even dalam fb. Apatah lagi nak pos kad. T_T Maaf maaf maaf. 18 October 2014 is my wedding day. 3 in 1 combo; tunang, akad nikah and sanding in one day. Syukur sangat finally kami disatukan.

Not even a month after been married, there comes my graduation day. Early November it is. This graduation day je aku rasa sedih sikit sebab my late mom was not there. Rasa incomplete. Yelah, setiap anak belajar pun nak buat parents rasa bangga kan? Tapi nak buat macam mana. Sebab kita merancang, tapi Yang atas sana menentukan. Aku pakai baju arwah naik pentas amek sijil Degree. Cukuplah, abah aku ada and not forgetting Allah ganti aku dgn suami aku yg tercinta. Siblings aku ada, family mertua ada. There is no regret about the past. Sebab Allah dah aturkan and Dia tahu, hamba Dia boleh lalui semua tu. Redha dengan ketentuan-Nya.

Maybe orang sekeliling nampak aku okay. Or maybe worst nampak aku macam takde perasaan sebab aku boleh rilek je happy masa majlis kawen aku, or masa graduation even arwah umi takde. Ambik cuti kerja pun tak lama. Lepas everything happen, aku macam okay. Kalau aku bercerita pasal arwah pun, setakat ni emosi terkawal lagi and org lain plak yang bergenang air mata dengar aku cerita. Sape kata aku takde perasaan? Allah tak kata orang yang kita sayang pergi, kita kena tangisi sepanjang masa. Lepas arwah pergi mimpi aku pun selang-seli dengan kenangan zaman kecik masa dengan arwah. Mimpi peluk arwah, jumpa arwah. Tak perlu aku rasa nak berlebihan bersedih. Ganti dengan sedekahkan Alfatihah or Yaasin untuk dia lebih elok.

Last year had been a tough year for me. Tapi perjalanan hidup kita dah ditentukan Dia. And here I am, healthily pregnant with my soulmate’s child. Dah 6 months. Sepanjang pregnant ni tak sekali pun aku lupa dengan arwah umi aku. Macam ni rupanya mengandungkan anak 9 bulan. Macam ni rupanya kesusahan, kemanisan dia. Macam ni rupanya perasaan arwah umi dulu mengandungkan aku. Patutlah parents selalu insecure, ambil berat, terlebih risau kadang2, kan? Sebab diorg sayangkan anak diorg. Tak senang nak besarkan anak. Now, it’s time for me to learn it.

Bila scan baby haritu, 23rd weeks, dapat tengok baby menguap. Hehe comelnya. First2 scan nampak muka Doktor dah cakap dah muka ikot ibu. Yelah, terang tang tang hidung kemek semedang kan. Tapi bibir baby ikut ayah. ^_^ yeayyy. Tak sabar nya nak jumpa baby. Happy sangat bila fikir anak tu separuh aku and separuh org yg aku syg. Hadiah yg tak ternilai rasanya Allah bagi. Harap baby ni sihat sampai lah deliver. And kami berdua pun selamat after deliver nanti. Amin.


Ohh baby tendang2 perut. Maybe dia tau ibu dia tengah bercerita pasal dia. :p hehe. Cukuplah cerita yg bukan sekadar sepatah dua kata ni. Sambung terjelepuk lah pulak kita. 

Friday, July 11, 2014

trying to put myself in their shoes

Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda: 
“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”


banyak terbaca pasal kekecohan dunia sekarang. Palestin, Gaza.. 
satu penganiayaan yang tak dapat diterima dek akal langsung
sangat2 kesian dekat setiap muslims kat sana
banyak sangat kat media sosial bersepah cakap psl Gaza kena serang ngan Israel
aku hairan kenapa takde satu negara pun bangkang perbuatan Israel.
yes, aku bukan seorg yg follow politik or kisah PBB
but, every way possible, we should help them
ada berapa buah negara dalam dunia ni?
and Israel is not even in the world map, macam mana diorg boleh menjajah sesuka hati?
YaAllah, dunia akhir zaman. :'(
and bercakap pasal we should help them in every way possible, 
aku terkilan dekat diri sendiri sebab I was so ignorant dalam bab2 boikot barang yg contribute kat Israel and Yahudi ni. hmm. banyak sangat benda kena baiki dalam diri.
maybe I should start to concern about this. 
even tak stop buying their products, at least i'll try to make it less. i'll try.
sebab aku terfikir, macam mana kalau Malaysia tiba2 kena jajah lagi macam tu?
just like Gaza? in a worst way than before kita merdeka dulu?
of course, Israel lagi kejam weh.
takde sape boleh tolong. mengharapkan the least pertolongan dr manusia2 lain untuk sedekahkan Alfatihah, and doa. supaya tak sokong products yg contribute kt Israel and Yahudi. at least fund untuk diorang beli senjata tu berkurang. kalau sorang take step untuk kurangkan pnggunaan barang Yahudi even tak boikot pun, it will contribute much already. kan? 
hmm. just trying to put myself in their shoes. 
to make me realize that i should be very very thankful for what i have now. to appreciate it to the fullest.
Nauzubillah.. mintak semua benda mcm ni dijauhkan daripada negara kita.
But we have to put ourself in their situation to understand and feel their pain.
diorang takde sape2 nak tolong weh.. kesian sangat.
kalau bukak fb aku asyik sebak je. nak tolong hanya mampu dengan doa je.
nak tolong bg sumbangan, aku pun takde duit. haihh. 
aku ada terbaca artikel Ustaz Nazriey sanggup menyanyi nasyid kat bazaar Ramadhan untuk kumpul dana
nk bina pusat tahfiz untuk asnaf, muallaf dan anak yatim
mulia sungguh hati dia
mungkin kita nampak dia buat kebaikan sebab dia dikenali ramai. dah jadi artis baru kita bagi tumpuan atas effort yang dia bagi
tp sebenarnya ramai lagi org mulia kat luar sana yang ketepikan kesenangan sendiri untuk bantu golongan sesama Islam.
aku sangat jauh dari tu. tak pernah lagi sampai tahap tu.
aku sangat harap nanti bila aku dah senang one day, aku tak lupa diri and cuba bagi jugak sumbangan kat golongan yang memerlukan macam Palestin, Gaza and golongan yg memerlukan especially muslims.
sekarang aku sangat terkilan dengan diri aku sebab aku still takde duit sendiri untuk bagi selebihnya kat yg lebih memerlukan. :'(
me is really really sad now. 
really.
aku harap sangat one day aku tak lupa diri bila dah senang and think back of what i wish to do before i'm a success woman. amin.